fbpx

Paralives Bakal Menjadi Permainan Pesaing The Sims

Seperti kebiasaan kita dengari, The Sims adalah sebuah francais yang sentiasa kita dengari untuk permainan simulator kehidupan seharian sehinggalah menguruskan keluarga.

Akhirnya, genre tersebut bakal dicabar oleh satu permainan indie, Paralives. Permainan yang dibangunkan hanya empat orang sahaja ini, adalah sebuah permainan simulasi yang mempunyai lebih ciri fleksibiliti khususnya pada segmen pembinaan bangunan.

Dinding bangunan boleh di ubah dari mana-mana sudut dan kebolehan untuk menyenget atau melengkung. Objek juga boleh diubahsuai dengan mengubah warna serna tambahan tekstur.

Pasukan Paralives juga memaparkan video karakter yang dipanggil Parafolk. Pengubahsuaian juga boleh dibuat terhadap karakter seperti ketiniggian, bentuk badan, saiz setiap bahagian badan, satu sistem yang menyerupai sistem The Sims 4.

Paralives bakal hadir ke PC dan Mac, namun tiada tarikh pelancaran ditetapkan buat masa ini.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen