Walaupun banyak cemuhan diterima selepas pengumuman Battlefield 1 yang lepas, namun pasukan dan staf Infinity Ward, sebuah studio disebalik pembikinan Call of Duty: Infinite Warfare, memuji atas video yang ditayangkan oleh DICE itu.
Melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter, ianya ternyata bahawa pasukan Infinity Ward menunjukkan yang mereka amat kagum dengan maklumbalas diberikan kepada peminat yang bertanya tentang pendapat mereka.
Ianya dimulakan melalui akaun rasmi Facebook Infinity Ward dengan menyatakan bahawa “ianya sebuah trailer yang bagus.”

Principal Rendering Engineer dari studio Infinity Ward, Michal Drobot juga memuji Battlefield 1 dengan kualiti grafik dan animasi diberikan didalam video trailer tersebut.
@repi great job on BF1! – really like facial animation and rendering, keep it up! kudos to whole rendering team @EA_DICE
— Michal Drobot (@MichalDrobot) May 6, 2016
Pereka Game, Douglas Holder turut serta menyampaikan ucapan tahniah beliau.
The new #BattlefieldWorldPremiere is sick. Congrats to @EA_DICE on the reveal.
— Doug Holder (@dougMakesgames) May 6, 2016
Dan akhirnya Eric Monacelli, selaku Pengarah Hubungan Pengguna menyatakan bahawa pilihan lagu latar belakang yang terbaik untuk video itu.
- Iklan -
Congrats to the @EA_DICE team on the reveal. Great song choice, looks superb with interesting mechanics teased. #BattlefieldWorldPremiere
— Eric Monacelli (@ermonacelli) May 6, 2016
Battlefield 1 akan mula dipasarkan pada 21hb Oktober untuk platform Xbox One, PC dan PlayStation 4. Manakala Call of Duty: Infinite Warfare pada 4hb November pada platform yang sama.

