Payday 2, sebuah permainan multiplayer pandangan pertama dengan misi merompak bersama rakan, kini akan didatangkan didalam bentuk VR. Mod ini akan dibuka untuk platform PC dengan kesesuaiannya untuk peranti HTC Vive. Pemain kini boleh mencubanya secara percuma melalui versi beta.
Menariknya, kandungan VR ini akan ditawarkan secara percuma untuk pembeli Payday 2 sedia ada, maka tiada DLC atau pakej tambahan dibuat. Payday 2 telahpun menerima cukup DLC, maka kandungan ini diberi dengan tanpa kos semestinya sebuah perkara yang dialu-alukan.
Jikalau anda mempunyai peranti Vive, maka anda boleh memohon untuk percubaan beta melalui pelayar Steam. Caranya mudah, pilih permainan didalam senarai permainan anda, klik kanan dan tekan properties, didalam tab Beta, pilih “open_vr_beta”, beberapa muat-turun akan dibuat dan anda boleh mula mencubanya. Maklumat lanjut, anda boleh rujuk disini.
Artikel Asal: Gamer Matters