Ilmu amatlah berharga dan sangat berguna kepada sesiapa sahaja mengikut dari bidang mereka yang tertentu. Besok, 26hb Jun (Ahad), akan mempunyai program anjuran bersama RedBull yang memberikan peluang kepada sesiapa yang ingin pelajari teknik menjadi sebagai pemain profesional FIFA 16.
Practice With Pro V2.1 akan bermula pada 10:30 pagi sehingga 5 petang di Gamesbond eSports Center di Kota Damansara. Amirul Afandi (AmTuah) selaku juara pada beberapa acara eSukan FIFA 16 akan mengajar beberapa teknik dan tips beliau untuk menjadi pemain profesional dari pengalaman beliau sendiri.
Harga penyertaan adalah RM15, dengan tempat yang terhad disediakan. Untuk mendaftar, hubungi Gamesbond untuk maklumat lanjut.