fbpx

Pelancaran Stereng Baharu Dari Logitech Untuk PS4, Xbox One & PS3

Logitech sememangnya sinonim dengan gajet-gajet dan peralatan gaming untuk PC khususnya. Mereka juga mengeluarkan stereng untuk gaming pada platform yang lepas dengan harga yang berpatutan. Namun kini Logitech melancarkan siri stereng G29 untuk platform PS4 & PS3 manakala G920 untuk platform Xbox One.

Setelah beberapa kali tertiris sebelum ini, akhirnya pihak Logitech melancarkan siri ini secara rasmi. Ciri rupa G29 & G290 adalah hampir sama namun dial merah yang menyerupai Driving Force GT hanya untuk model G29 manakala tidak untuk Xbox One G290.

Banyak peminat dan pemilik model lama (G27 & Driving Force GT) inginkan kemaskini baharu untuk menyokong platform kini. Namun dengan pelancaran siri baharu ini menunjukkan bahawa Logitech mungkin akan hanya fokus untuk siri baharu sahaja.

[carousel arrows=”display” caption=”display” interval=”5″]
[panel]Logitech G29 Untuk PS4, PS3 & G290 Untuk Xbox One[/panel]
[panel]Logitech G29 Untuk PS4, PS3 & G290 Untuk Xbox One[/panel]
[panel]Logitech G29 Untuk PS4, PS3 & G290 Untuk Xbox One[/panel]
[panel]Logitech G29 Untuk PS4, PS3 & G290 Untuk Xbox One[/panel]
[/carousel]

 

G29 akan berada dipasaran pada bulan Julai dengan harga USD$399 (RM1,499) manakala G290 untuk Xbox One pula akan dipasarkan pada bulan Oktober dengan harga dengan harga yang sama.

Kedua-dua model ini adalah sesuai untuk platform PC.

Ikuti video dibawah dari Logitech mengenai steering baharu ini

 

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen