Peluang Menangi PS VR Dengan Catatan Masa Terbaik Dari GT Sport Time Trial

Now Reading
Peluang Menangi PS VR Dengan Catatan Masa Terbaik Dari GT Sport Time Trial

Bersempena dengan pelancaran permainan Gran Turismo Sport esok, Play Interactive akan mengadakan program Time Trial Challenge untuk beberapa pengedar terpilih di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Apa yang anda perlu buat adalah dengan kongsikan catatan masa terbaik anda dengan menggunakan kereta dan litar yang telah ditetapkan. Cabaran ini bermula esok, 17hb Oktober dari 6PM – 8PM. Tiga lagi sesi akan diadakan pada 18hb, 21hb dan 22hb Oktober pada waktu 2:30PM – 4:30PM.

Pemenangan dengan rekod terpantas akan membawa pulang seunit PS VR. Malah, anda juga berpeluang memenangi alat kawalan Dualshock 4 jikalau anda mendapat tempat pertama dari rekod catatan pada hari yang sama anda mengambil bahagian.

Berikut adalah lokasi pengedar yang akan mengadakan acara Gran Turismo Sport Time Trial Challenge nanti:

Malaysia
Singapore
  • PLAY-E FunzCentre @Waterway Point
  • PLAY-E GameXtreme @Tampines Mall
  • TOG @Bugis+
Indonesia
  • Play Inc @Ciputra Mall
  • GS Shop @Senayan City
  • GS Shop @ Lippo Mall Puri
  • Multi Game Indonesia @ Kelapa Gading

Untuk lebih lanjut mengenai Time Trial Challenge ini, anda boleh layari laman Facebook Event disini, manakala peraturan dan undang-undang boleh dilihat disini.

Gran Turismo Sport akan hadir dipasaran pada esok untuk platform PS4 secara eksklusif.

Artikel Asal: Gamer Matters

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen