fbpx

Pemain Boleh Mengundi Game Percuma Dari PS Plus Akan Datang

Salah satu pakej langganan Playstation Plus menjadi popular adalah kerana senarai game percuma yang diberikan. Game blockbuster seperti Metal Gear Solid, Resident Evil, Hitman dan banyak lagi yang menyebabkan ramai pemain PlayStation 3 yang lepas melanggan pakej ini.

Kini, Sony mengumumkan progam baharu bernama Vote to Play, salah satu program yang membenarkan pemain atau pelanggan PS Plus mengundi game apakah yang diberikan secara percuma pada bulan seterusnya.

“Game yang mempunyai undian terbanya akan diberikan secara percuma secara automatik pada bulan seterusnya,” kata Naib Presiden Sony Computer Entertainment America. “Jikalau game yang anda undi tidak mendapat nombor satu, jangan risau, kami akan memberi game tersebut dengan diskaun eksklusif.” Katanya lagi.

Berkemungkinan Vote to Play akan dilancarkan pada bulan September. Berikut adalah gambar yang tertiris melalui NeoGAF, sumber dari Polygon.com.

Vote To Play PS Plus


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -