fbpx

Pemain Di Asia Tenggara Lebih Gemar Bermain Secara Kompetitif

Lanskap industri permainan video di Asia Tenggara amatlah menarik, khususnya melalui laporan yang dibuat oleh Google dan Niko Partners baru-baru ini.

Maklumat kunci dari laporan ini adalah para pemain dari benua Asia Tenggara yang khususnya bermain didalam mudah alih lebih gemar bermain bersama rakan pemain yang lain melalui permainan kompetitif, sekaligus mencipta pembangunan komuniti.

Pada tahun 2019, permainan mudah alih telahpun menandingi PC dan konsol dari segi jumlah hasil jualan dan juga jumlah muat turun. Tinjauan oleh GameStart pada tahun yang sama juga mendapati 60% dari pemain di benua ini lebih suka bermain bersama rakan mereka, dengan 10 permainan terkenal mudah alih adalah dengan elemen multi-pemain. 5 darinya pula adalah permainan esukan.

Permainan-permainan yang disebut diatas adalah seperti berikut:

  1. Garena Free Fire: Rampage
  2. Mobile Legends: Bang Bang
  3. Rise Of Kingdoms: Lost Crusade
  4. Lineage M
  5. Arena Of Valor
  6. PUBG Mobile
  7. Call Me Emperor
  8. MU
  9. One Punch Man: The Strongest
  10. AFK Arena

Tren ini adalah salah satu faktor yang menaikkan industri esukan yang menukarkan fokus dari permainan PC kepada mudah alih. Malah, jumlah hadiah kemenangan juga naik secara mendadak kepada 244% dari tahun 2018 ke 2019.

Industri ini juga menarik dengan jumlah penonton yang tinggi, seperti Mobile Legends Premier League (MPL) Season 5 pusingan akhir, pernah mencapai sebanyak 1.1 juta penonton dalam satu masa. Jess No Limit, seorang streamer dari Indonesia adalah streamer yang pertama di benua Asia Tenggara yang mencecah 15 juta langganan di Youtube. Malah di negara kita, Malaysia juga mempunyai streamer yang mencapai 1.2 juta langganan di Facebook Gaming, beliau adalah Soloz.

Nampaknya, loncatan populariti mudah alih amat pantas di benua ini berbanding dengan konsol. Seperti kita dapat lihat, hanya PlayStation mempunyai rantaian rasmi di hampir semua negara di Asia Tenggara, manakal Xbox hanya di Singapura dan Nintendo masih lagi tidak masuk secara rasmi.

Anda boleh lihat infografik penuh laporan ini melalui laman web Think With Google disini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -