Baru-baru ini terdapat satu gambar tertiris dimana pemain GTA Online mendapat notis menyatakan “GTA IV akan hadir pada 2019” yang membawakan banyak tanda soalan kepada umum, namun semestinya ini adalah sebuah berita palsu. Ketiadaan pengumuman rasmi oleh Rockstar dibuat, malah mereka juga mengesahkan kepalsuan notis tersebut.
Namun mengikut dari gambar tersebut, ternyata ianya bukanlah sebuah gambar yang dicipta melalui Photoshop, ianya benar bahawa notis tersebut keluar semasa bermakn GTA Online.
This is a hoax made with the use of mods, and not an official message or statement from Rockstar Games. *OV
— Rockstar Support (@RockstarSupport) July 2, 2018
Notis tersebut pernah keluar pada pemain-pemain generasi lama; PS3 dan Xbox 360, namun pernah diberhentikan, akan tetapi tidak bagi pemain PC yang membawakan banyak persoalan didalam Reddit dan juga forum rasmi Rockstar.
Walaupun ramai pemain menyatakan bahawa notis tersebut ternyata sebuah notis yang palsu, berikutan dari permainan Red Dead Redemption II akan hadir kelak, semestinya Rockstar amat sibuk dengan permainan tersebut sebelum memfokuskan pembinaan permainan mereka kepada GTA generasi seterusnya.
Mengikut dari beberapa pengguna forum, mereka mendapati notis tersebut dikeluarkan oleh salah satu mod yang hanya dikeluarkan untuk pengguna PS3, Xbox 360 dan PC.
Sudah semestinya pemain semua dinasihatkan untuk tidak percaya dengan notis sedemikian. Kita semua tahu, untuk maklumat seperti pelancaran permainan baharu kebiasaannya akan diumum oleh Penerbit sendiri secara rasmi dan juga melalui beberapa laman web media yang berkredibiliti.
Sumber Kotaku, Polygon, Rock Paper Shotgun
Artikel asal diterjemah dari Gamer Matters.