fbpx

Pemain Overwatch Kini Melebihi 30 Juta Pendaftaran

Blizzard Entertainment, pemaju dan penerbit permainan Overwatch mengumumkan jumlah pendaftaran telah mencapai melebihi 30 juta pemain beberapa hari yang lepas.

Menariknya, mereka mencapai jumlah ini hanya dibawah setahun selepas pelancarannya, 24hb Mei 2016. Overwatch, sebuah permainan penembak pandangan pertama terkenal untuk platform PlayStation 4, Xbox One dan PC mempunyai rekod yang baik khususnya seminggu selepas pelancaran dengan 7 juta pemain.

Menariknya, laporan dari Polygon mengatakan permainan ini mengaut hampir 2.2 juta pemain baharu, setiap bulan.

Kemaskini dan kandungan baharu juga diberi tanpa henti untuk merancakkan aktiviti sesama pemain didalam dunia Overwatch. Uprising adalah salah satu acara baharu dengan pengenalan mod baharu, PvE dimana pemain dengan rakan bertempur bersama melalui misi King’s Row untuk menewaskan Null Sector. Acara Uprising ini akan tamat pada 2hb Mei.

Kami juga memberi markah 9.1/10 sebagai salah satu “Game Of The Year” dari reviu kami yang lepas.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -