Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Pemaju EVE Valkyrie Diperolehi Oleh Sumo Digital

12

EVE Online adalah sebuah permainan MMO yang besar dan masih kukuh sehingga kini, dengan sistemnya ekonominya yang baik, dan konsep perlawanan yang menarik, semestinya permainan ini masih mempunyai banyak peminat. Pemaju permainan ini dari Iceland, CCP Games telahpun membina pelbagai kandungan kepada MMO angkasa ini kepada skala yang lebih besar, dan kandungan terbaharu mereka adalah konsep VR untuk perlawanan kapal angkasa didalam EVE Valkyrie ini.

Walaupun dengan kemaskini dan kandungannya mengikut pada arus teknologi kini, namun EVE Valkyrie masih bergelut untuk mengekalkan jumlah pemain. Maka CCP Games mengambil keputusan untuk melepaskan Newcastle Studio (sebuah studio yang membina Valkyrie) sebagai salah satu keputusan untuk menarik diri dari VR.

Namun, berita baik bagi Newcastle Studio, kerana mereka kini diperoleh Sumo Digital dari UK, namun tiada maklumat didedahkan tentang jumlah perjanjian ini. Kesemua 34 staf akan dibawa dan melaporkan diri kepada Pengarah Studio Sumo Digital Newcastle, Owen O’Brien.

Banyak permainan video telahpun dibina atau disumbang oleh Sumo Digital sebelum ini. Permainan-permainan seperti Sega & All-Stars Racing Transformed, Forza Horizon 3 dan juga siri terkini Hitman.

Malah, Snake Pass, sebuah permainan genre platformer juga dibawah studio mereka termasuk tiga lagi permainan baharu mereka: Crackdown 3, Dead Island 2 dan Project Nova, permainan usahasama dengan CCP Games.

Artikel Asal: Gamer Matters