Pemaju Star Citizen Membina Permainannya Dengan Terperinci Untuk Mencapai Impian Mereka Yang Besar

Now Reading
Pemaju Star Citizen Membina Permainannya Dengan Terperinci Untuk Mencapai Impian Mereka Yang Besar

Star Citizen, adalah sebuah permainan eksplorasi angkasa yang telah dijayakan melalui program crowdfunding sehingga mendapat sumbangan sebanyak USD 145 juta.

Dijadualkan untuk mula dipasarkan pada tahun ini, ianya telahpun didalam proses pembangunan didalam status Alpha 3.0. Bersempena dengan perkembangan ini, pihak pemaju mengeluarkan video mengenai pengalaman mereka untuk membina Star Citizen.

Chris Robert, selaku pencipta permainan ini berkata bahawa Star Citizen akan menjadi sebuah permainan yang mempunyai impian terbesar yang akan dibuat.

Melalui video diatas, beberapa staf syarikat pemaju berkongsikan pengalaman mereka khususnya betapa terperinci semasa pembangunan permainan ini berlaku.

“Kesemua pembangunan ini amat terperinci dan fokus sehinggakan kesemua status dinilai melalui sistem yang agak mikroskopik”

“Untuk membina satu kandungan seperti suasana kargo, ianya melibatkan ramai orang untuk bekerja sehingga melampaui 100 tugasan diberi. Sangat rumit hanya untuk satu kargo”

Kata mereka tentang betapa terperincinya Star Citizen ini.

Roberts berkata lagi bahawa status Alpha 3.0 adalah sebuah “pencapaian yang terbesar” bagi Star Citizen.

Kemaskini Alpha 3.0 ini akan mula dilancarkan pada penghujung bulan Jun dimana pemain boleh mencuba untuk bermain di 3 jenis bulan seperti Cellin, Yela dan Dayman.

Star Citizen akan dipasarkan pada tahun ini untuk platform PC.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen