fbpx

Pembangun Ni No Kuni & Yo-Kai Watch, Level-5 Menghentikan Operasi Studio Di US

Pembangun permainan yang menginspirasikan kualiti artistik anime, Level-5 diperkatakan telah menghentikan operasi studio mereka di Amerika Syarikat (US).

Studio yang terkenal dengan permainan Ni No Kuni dan Yo-Kai Watch, dilaporkan syarikat Level-5 International America dan Level-5 Abby telahpun menghentikan operasi mereka melalui notis kepada staf mereka.

Laporan dari Gameindustry.biz juga menyatakan syarikat ini telahpun bergelut dengan penutupan semenjak pertengahan tahun lepas dengan beberapa memberhentikan beberapa tenaga kerja mereka.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi dibuat dan jumlah staf yang mendapat impak ini masih tidak diketahui.

Nampaknya dengan penutupan ini, berkemungkinan permainan yang dibangunkan oleh Level-5 kelak, hanya eksklusif di Jepun sahaja.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -