fbpx

Pembangun No Man’s Sky Sedang Membangunkan Permainan “Berskala Besar”

Nampaknya Sean Murray, masih mempunyai cita-cita tinggi untuk membangunkan permainan seterusnya didalam “skala yang besar” mahupun kita semua tahu kegagalan beliau semasa pelancaran No Man’s Sky pada tahun 2016.

Namun, reputasi kegagalan tersebut dapat dipadamkan dengan komitmen pasukan beliau membawakan pelbagai kandungan percuma selepas pelancarannya sehingga No Man’s Sky yang kita dapat lihat sekarang.

Pemilik studio pembangun permainan eksplorasi dunia terbuka tersebut, Hello Games, bakal melancarkan satu lagi permainan yang berskala besar. Mengikut dari Sean, ianya bukan sekuel kepada No Man’s Sky dan projek pembangunan permainan ini masih lagi didalam tahap awal.

Untuk makluman, Hello Games juga baru sahaja melancarkan permainan The Last Campfire yang bakal hadir ke PS4 dalam masa yang terdekat.

Tiada siapa tahu apakah projek yang Sean maksudkan, namun mungkin atas kesilapan yang lalu, beliau membuat keputusan untuk tidak memberi banyak komen tentang projek permainan baharu mereka untuk mengurangkan “hype” didalam indsutri sebelum menjadi serangan balik kepada mereka atas jangkaan tinggi oleh pembeli.

Sumber: GameRant

Berkaitan

- Iklan -

Komen