Baru-baru ini EA (Electronic Arts) membuat pengumuman mengenai Expansion baharu The Sims 4, Star Wars: Journey to Batuu namun ianya gagal menarik perhatian peminat, malah lebih kepada serangan balik kepada mereka.
Pelancaran expansion baharu tersebut adalah salah satu dari lambakan koleksi “Game Packs” yang sedia ada. Walaupun koleksi tersebut nampak menarik dengan tema Star Wars yang diminati ramai, nampaknya ia mendapat reaksi negatif seperti yang kita boleh lihat dari jumlah “dislike” di video dibawah.
Ramai mungkin tidak sedar dan mempunyai soalan yang serupa, bagaimana ianya boleh terjadi? Mengapa peminat berang dengan EA dengan pengumuman diatas?
Ini adalah kerana kebanyakan maklum balas oleh para pemain-pemain The Sims 4 nampaknya tidak diendah. Pelbagai maklum balas yang pemain inginkan sebagai kandungan tambahan masih tidak diberi perhatian, malah kandungan yang tidak dibawa dari The Sims sebelumnya masih tidak diberi mahupun selepas 6 tahun dari pelancaran, anda boleh lihat senarai penuhnya disini.
EA juga pernah membuat tinjauan melalui laman komuniti mereka baru-baru ini, namun ketiadaan Star Wars didalam pilihan membuatkan pemain bingung dan sekaligus berang dengan keputusan tersebut.
The Sims 4 – Star Wars: Journey To Batuu mula dijual sebagai salah satu Game Packs permainan tersebut pada 9hb September 2020 untuk PC (Origin atau Steam), PS4 dan Xbox One.
Sumber: Screen Rant.