Hari ini, Paradox, sebuah syarikat pengeluar game yang terkenal dengan sistem pembinaan bandar, Cities: Skylines mengeluarkan video trailer untuk expansion baharu game tersebut. Expansion yang bertajuk “Snowfall” adalah sebuah expansion yang kedua selepas After Dark yang membawakan sistem siang dan malam sebelum ini.
Dengan bertemakan salji, ianya bukan sahaja grafik dan kosmetik semata, pelbagai fungsi dan beberapa cabaran yang akan dibawa kepada pemain. “The difficulty heats up when the city cools down”, sebuah kenyataan dari Paradox tentang cabaran yang dihadapi pemain tentang keunikan bermain game ini dengan cuaca sejuk melampau.
Sistem cuaca (seperti kabus dan hujan) akan dibawakan kepada pemain secara percuma seperti yang diberikan oleh mereka semasa kemaskini After Dark. Berikut adalah beberapa isi kandungan yang diumum oleh Paradox:
- Sistem cuaca baharu seperti hujan, kabus dan beberapa peta yang mempunyai cuaca salji untuk beberapa cabaran baharu.
- Beberapa fungsi tambahan untuk sistem pengangkutan awam. Juga, kandungan baharu iaitu Tram akan ditambah
- Kadar permintaan dari segi tenaga dan air akan menjadi lebih unik atas sebab cuaca sejuk semasa salji.
Cities: Skylines – SnowFall akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

