fbpx

Penganjur Malaysia Cyber Games Berjanji Hadiahnya Akan Diberi Sebaik Selepas Acara Tamat

Semakin banyak pengumuman perlawanan esukan di Malaysia dan ianya membawa berita baik kepada industri, namun rasa kurang senang juga hadir, khusunya isu-isu yang kita dapat lihat pada tahun lepas. Pelbagai jenis perlawanan besar kita telah saksikan di negara kita, namun pelbagai masalah juga kelihatan, seperti ketiadaan elektrik semasa acara berlangsung, sehinggalah isu pembayaran wang kemenangan selepas pertandingan.

Berikut dari pelancaran Malaysia Cyber Games 2017, Presiden kepada Kelab Suara Anak 1Malaysia, YB Dato’ Armand Azha Hj Abu Hanifah menyatakan bahawa tiada isu sebegitu rupa akan berlaku atas sokongan projek ini dari pihak kerajaan Malaysia.

“Kami akan berikan cek pada hari yang sama,” kata Armand.

Pihak penganjur, Mineski Events Team dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyedari isu tersebut dan akan memastikan bahawa pembayaran tersebut sedia untuk diberi sebaik selepas pemenang dipilh pada hari yang sama. Maka tiada penantian yang lama sehingga berminggu dibuat, sepertimana biasa dibuat oleh kejohanan esukan yang lain.

Malaysia Cyber Games bukanlah baru didalam industri esukan negara, ianya telahpun dibuat pada Disember 2015 yang lepas, dengan 4 jenis permainan dipertanding. Sejak dari itu, Armand menyatakan acara tersebut mencetus banyak minat dari pihak penganjur yang lain untuk mulakan acara esukan mereka.

“Semua orang ingin menjadi seperti Malaysia Cyber Games.. dengan meniru Malaysia Cyber Games, semua orang kata mereka lebih bagus dari Malaysia Cyber Games, sehinggakan jumlah wang sebanyak RM1,000,000 ditawar, namun akhirnya, banyak komuniti pemain semua tahu, ianya tidak dibayar.”

Kenyataan terakhir ternyata memberi lontaran sinis kepada AGES 2016 yang dimana, sebuah acara yang besar skalanya namun mempunyai isu pembayaran wang kemenangannya sehingga kini.

 

“Hari ini, kami ingin memberitahu kepada semua, jangan tiru kami, pemain sebenar sudah kembali. Kami faham apa yang komuniti pemain mahukan.”

Lagi kenyataan dari Armand semasa acara pelancaran semalam.

Edisi 2018 akan didatangkan dengan 9 jenis permainan untuk dipertanding: Street Fighter V, Tekken 7, Injustice 2, Dota 2, CS:GO, Mobile Legends, FIFA 18, F1 2017 dan Playerunknown’s Battlegrounds (PUBG). Kesemua 9 permainan tersebut mempunyai habuan sebanyak RM300,000.

Pelancaran kecil ini dirasmikan oleh Menteri untuk Komunikasi dan Multimedia, YB Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

- Iklan -

Artikel Asal: Gamer Matters


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -