Pengarah Devil May Cry Akan Mengumumkan Permainan Video Baharu

Hideaki Itsuno dari Capcom, yang juga pernah menjadi pengarah permainan video terkenal seperti Devil May Cry (siri 2-4), Power Stone dan Dragon’s Dogma, mengumumkan bahawa beliau akan melancarkan sebuah permainan video baharu kelak. Projek yang akan bermula pada bulan ini masih lagi samar-samar tentang apakah permainan baharu yang dibawa oleh Itsuno, yang dimana kebanyakan peminat beranggap ianya adalah Devil May Cry 5.

Mengikut dari analisa GameRant, kemungkinan Capcom inginkan Itsuno untuk membawa kembali permainan nostagalia beliau kepada konsol generasi kini didalam versi remastered. Ini adalah salah satu fokus Capcom baru-baru ini selain dari melancarkan permainan / IP baharu dipasaran.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen