Ashraf Ismail, seorang Pengarah Kreatif untuk projek Assassin’s Creed khususnya siri terbaharu Valhalla, dipecat oleh Ubisoft atas beberapa tuduhan salah laku.
Mengikut dari laporan Eurogamer, sumber diatas diperolehi dari emel dalaman yang dilaporkan oleh Kotaku.
Ashraf pernah membuat keputusan untuk mengundur diri dari projek Valhalla atas sebab tuduhan dari beberapa parti mengenai penafian beliau didalam status hubungan beliau yang sudah berumah tangga.
Selain dari projek Assassin’s Creed Valhalla, beliau juga pernah terlibat dengan siri yang diminati ramai, Assassin’s Creed 4: Black Flag. Satu lagi siri permainan yang terlibat adalah Assassin’s Creed Origins.
Mengikut dari Eurogamer lagi, pemergian Ashraf adalah “salah satu” dari beberapa individu berprofil tinggi meninggalkan Ubisoft atas tuduhan seksual dan serangan individu.
Sumber: Eurogamer.