Craig Sullivan, yang sebelumnya Pengarah Kreatif untuk Ghost Games, kini bekerja di syarikat gergasi Amazon dibawah bahagian Game Studios. Studio yang beliau bekerja sebelumnya adalah sebuah syarikat yang pernah membangunkan permainan terkenal iaitu siri Need for Speed.

Sullivan juga pernah melibatkan diri didalam projek-projek lain seperti permainan perlumbaan Burnout dan penembak pandangan pertama, Black.
Kehadiran beliau didalam syarikat Amazon ini adalah untuk membantu projek yang mereka sedang bangunkan setakat ini. Namun tiada maklumat mengenai permainan yang akan dibangunkan selain dari kenyataan Amazon yang akan diumumkan “beberapa bulan nanti”.
Amazon Game Studios kini sedang membangunkan beberapa permainan yang telah diumumkan seperti Breakaway, sebuah permainan multiplayer dan juga Crucible yang lebih kepada suasana sains fiksyen.
Sumber: Polygon

