Masih lagi anda semua ingat berita sedih beberapa tahun yang lalu dimana Sony membuat keputusan untuk tidak memfokuskan kepada pembangunan konsol mudah alih mereka, PlayStation Vita.
Walaupun keputusan tersebut telahpun muktamad, Yoko Taro selaku Pengarah permainan video NieR: Automata masih inginkan generasi seterusnya untuk PS Vita atas sebab pelancaran konsol hibrid Nintendo Switch melalui status beliau di Twitter.
VITA の後継機が欲しいなあ。Switch が出たから少し気持ちは落ち着いてるけど、もうちょっと小型の次世代携帯ゲーム機が触りたい。物理キーの無いスマートフォンでは満たされない欲望を満たしたい。
— yokotaro (@yokotaro) March 18, 2017
“Saya inginkan pengganti Vita. Walaupun saya amat hargai dengan pelancaran Switch, saya masih ingin melihat konsol mudah alih generasi baharu yang lebih kecil. Saya ingin memuaskan keinginan bermain yang tidak boleh dicapai melalui telefon pintar yang tidak punyai butang fizikal.”
Antara sebab utama Sony tidak memfokuskan pembangunan mereka kepada Vita adalah berkemungkinan dengan dominasi jualan telefon pintar yang lebih pantas dan relevan kepada pengguna umum.
Maka banyak syarikat permainan video memulakan pembangunan permainan mereka kepada platform telefon pintar yang mengambil sedikit sebanyak peratusan pemain yang gemar bermain secara “on-the-go“.
Namun PlayStation Vita masih lagi sebuah konsol mudah alih yang berbaloi dengan galeri permainan video (khususnya J-RPG) yang banyak, seperti diperkatakan oleh salah satu Youtubers Malaysia, The Kampung Nerd dibawah;

