fbpx

Pengarah Persona 5 Menerangkan Bandar Yogenjaya Diinspirasikan Dari Bandar Yang Sebenar

Persona 5 adalah siri terkini dari syarikat penerbit Atlus yang dipasarkan semenjak tahun lepas namun hanya untuk pasaran Jepun sahaja. Berita baiknya, pada penghujung bulan ini ianya akan hadir ke pasaran Asia didalam versi Bahasa Inggeris untuk peminat sekalian.

Pengarahnya, Katsura Hashino menceritakan bagaimana beliau mendapat inspirasi untuk mencipta bandar Yogenjaya, sebuah bandar yang dimainkan didalam permainan ini. Ditemuramah melalui studio produksi toco toco, beliau menerangkan beberapa faktor tentang bagaimanakah bandar tersebut dicipta, salah satunya adalah diinspirasikan dari bandar yang sebenar, iaitu Shibuya dan Sangenjaya yang terletak di Jepun.

Menariknya, Sangenjaya juga adalah sebuah bandar terletaknya studio Atlus ini.

Beliau juga menyentuh sedikit mengenai projek mereka kini, Re:Fantasy.

Berikut adalah video tersebut. Kami syorkan anda membuka fungsi sari kata Youtube atas kerana video yang disediakan adalah didalam Bahasa Jepun.

toco toco adalah sebuah produksi dokumentari mengenai kehidupan seharian dari industri kreatif dan juga permainan video. Walaupun studio yang berskala kecil, namun ianya amat menarik perhatian kami atas kualiti yang diberi dan tetamu yang hebat seperti Fuudo (Pemenang acara eSukan EVO), Daisuke Ishitawari (Guilty Gear) dan juga Keiichiro Toyama (Gravity Rush).


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -