Tiba masanya Sport Interactive, pemaju permainan Football Manager kini memperlihatkan kandungan baharu permainan mereka untuk versi 2018 yang akan dilancar kelak.
Video dibawah menunjukkan pengenalan tersebut namun dengan penyampaian yang agak unik. Video ini menerangkan seakan berita sukan.
Beberapa kandungan untuk FM8 adalah penambahbaikan grafik untuk perlawanan 3D dengan enjin rakam-gerakan serba baharu dari studio Creative Assembly (Sebuah studio dibawah syarikat SEGA). Selain dari itu sistem scouting juga ditambah baik.
Malah, sistem “dinamik” juga diperkatakan didalam video namun maklumat lanjut akan diberi kelak.
Football Manager 18 akan mula dipasarkan pada bulan November ini untuk platform PC.
Artikel ini dipetik oleh Gamer Matters