Pengendalian Kereta Didalam NFS Payback Masih Bermasalah, Namun Seronok Untuk “Offroad”

Now Reading
Pengendalian Kereta Didalam NFS Payback Masih Bermasalah, Namun Seronok Untuk “Offroad”

Salah satu isu yang terbesar bagi Need For Speed 2015 adalah model pengendalian kereta. Model yang dinspirasi oleh permainan yang dibuat Criterion; studio disebalik pembikinan siri Burnout, agak lebih memfokuskan kepada konsep drift. Namun, bagi siri 2015, ianya dijanjikan buat pemain untuk memilih pemanduan drift ataupun pemanduan yang serupa dari NFS Underground- dengan menggunakan brek di selekoh.

Malangnya ia tidak seperti yang disangka. Dengan tetapan kereta cengkaman penuh, ianya tidak boleh melakukan teknik drift tersebut. Situasi ini mungkin diterima bagi sesetengah orang, namun setiap kereta akan menghadapi masalah “understeer”, sesuatu yang membuatkan kereta agak payah untuk membelok semasa selekoh pada kelajuan tinggi.

Tiada kejutan disini jikalau Need For Speed Payback menggunakan model yang sama. Namun permainan ini membawakan “live tune“, iaitu sebuah sistem membolehkan pemain untuk menukarkan tetapan pengendalian semasa perlumbaan / pemanduan, sekaligus menjadi solusi untuk masalah dari siri sebelumnya. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi menggemari (dan agak memaksa pemain) teknik drift tersebut. Kereta akan menjadi lebih berat dan kurang responsif walaupun tetapan “steering sensitivity” sudah dinaik kepada tahap maksima.

Akan tetapi, model pengendalian ini akan lebih seronok jikalau berlumba didalam bentuk “offroad”, sebuah konsep perlumbaan yang lebih banyak selekoh tajam di atas permukaan yang tidak serata. Offroad adalah sebuah jenis perlumbaan serba baharu didalam siri Need for Speed, dan ianya adalah sebuah kandungan yang terbaik bagi Payback.

Bagi kami, penambahbaikan untuk model pengendalian ini masih lagi perlu diperhebatkan lagi, kerana ia masih bermasalah didalam Payback. Jikalau pihak pemaju hanya ingin memfokuskan kepada model ini, maka pendekatan “drift sahaja” lebih baik dari memberikan pilihan kepada pemain untuk tetapan tanpa impak yang banyak.

Artikel Asal: Gamer Matters

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen