Peranti khas untuk “gaming” Black Shark, telah mengumumkan pelancaran rasmi peranti baharu mereka, Black Shark 3.
Peranti ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 865 SoC dan juga cip grafik Adreno 650. Ianya juga dilengkapi dengan teknologi internet pantas 5G, salah satu peranti awal di Malaysia dengan teknologi tersebut.
Manakala, fungsi tambahan khas untuk permainan video, peranti ini dilengkapi dengan sentuhan pantas, iaitu berkelajuan 270Hz. Malah, saiz skrin juga agak besar untuk bermain pada 6.67inci berpanelkan AMOLED. Kelajuan skrin pula adalah pada kadar 90Hz.
Untuk daya tahan sesi permainan yang lama, peranti ini mempunyai sistem penyejukan diantara kerangka papan utama dengan skrin dan kerangka belakang. Kapasati bateri yang besar juga salah satu fungsi berguna untuk pemain, malah Black Shark 3 mempunyai teknologi caj pantas, selaju 65W.
Peranti ini mula ditawarkan pada harga RM2,649 di platform Shopee.