Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Percubaan Beta Black Ops 3 Ogos Ini

2

Siri baharu Call Of Duty, Black Ops 3 kini akan dilancarkan dengan percubaan Beta Multiplayer pada 19hb Ogos ini.

Berdasarkan dari Treyarch selaku studio pembina game ini telah memberi kenyataan rasmi bahawa percubaan beta ini akan dikeluarkan khususnya kepada pelanggan membeli secara pre-order sebelum ini. Namun bagi pembeli konsol platform Xbox One, ianya akan dikeluarkan pada 26hb Ogos.

Percubaan beta hanya boleh dimainkan selama 5 hari sahaja. Setakat ini tiada pengumuman tentang peta atau jenis permainan multiplayer yang akan diberikan semasa beta nanti.

Call Of Duty: Black Ops 3 akan mula dipasarkan pada November tahun ini.