Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Percubaan Dissidia Final Fantasy Beta Terbuka Untuk Semua Sehingga 21hb Januari

42

Dissidia Final Fantasy NT, sebuah siri baharu dari Square Enix ini akan membuat percubaan beta secara terbuka kepada semua, dan ianya boleh dimainkan dari hari ini sehingga 21hb Januari nanti.

Beta terbuka ini semestinya memberi sekilas pandang kepada pemain untuk melihat kualiti produk ini semasa pelancarannya pada bulan ini. Selain dari mod multiplayer yang telahpun dijangka, ianya juga membawa tutorial untuk menunjukkan beberapa kandungan dan sistem didalam permainan ini. Core battles, sebuah mod serba baharu didalam permainan ini akan membawa elemen jalan cerita dan perlawanan diantaranya.

Barisan karakter juga bertambah semenjak beta pertama dibuat, termasuk beberapa karakter utama didalam siri Final Fantasy terkenal sebelum ini.

Anda boleh muat turun beta tersebut disini.

Krew kami sempat bermain Dissidia semasa acara PSX SEA 2017 dan juga beta tertutup sebelum ini, dan pendapat kami ianya memadai dan sedia untuk dipasarkan. Dengan tutorial, penambahbaikan antara muka, semestinya memudahkan pemain baharu untuk mula menyertai siri ini. Malah, rakan kami di Gamer Matters juga menyediakan 5 tips untuk anda bermula dengan Dissidia.

Dissidia Final Fantasy NT akan mula dipasarkan pada 30hb Januari secara eksklusif untuk PS4.