fbpx

Percuma Beb! Civilization VI Di Epic Games Store

Selepas pemberian permainan percuma yang mengejutkan pada minggu lepas, Epic Games Store sekali lagi menawarkan permainan yang berskala besar untuk minggu ini.

Civilization VI, sebuah permainan dibangunkan oleh Firaxis Games boleh didapati secara percuma bermula pada semalam.

Civilization adalah sebuah permainan strategi 4X yang terkenal dengan membawakan orang-orang penting didalam sejarah tamadun manusia sebagai karakter yang memimpin sesuatu tamadun. Konsep permainannya yang unik dan lebih kepada teknik strategi ini membolehkan pemain memilih jenis permainan yang mereka inginkan, sama ada berperang semata, fokus kepada demokrasi ataupun fokus kepada keagamaan.

Walaupun permainan ini dilancarkan pada 4 tahun yang lalu, ianya masih lagi aktif dengan pelbagai kemaskini dan juga kandungan tambahan, seperti yang diumum baru-baru ini.

Untuk menuntut permainan ini, seperti biasa, anda perlu mengaktifkan sistem keselamatan 2-tahap pengesahan kepada akaun anda terlebih dahulu sebelum menuntutnya melalui halaman ini. Permainan ini ditawarkan secara percuma sehingga 28hb Mei, jam 11 malam.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen