Permainan percuma dari Epic Games Store minggu ini adalah For The King. Permainan yang dibangunkan oleh IronOak Games ini adalah sebuah permainan strategi turn-based yang mempunyai elemen RPG dengan kebolehan bermain bersama rakan atas talian secara co-op.
Setiap sesi permainan juga berbeza dengan peta yang disediakan secara rawak.
Berikut adalah kelayakan minima untuk PC anda:
- Sistem Operasi: Windows 7/8/8.1/10 x64
- Cip Pemprosesan: Intel Core2 Duo E4300 (2 * 1800) / AMD Athlon Dual Core 4450e (2 * 2300) or bersamaan dengannya
- Memori: 4096 MB RAM
- Kad Grafik: GeForce 8800 GTX (768 MB) / Intel HD 4600 / Radeon HD 3850 (512 MB) (DirectX 9)
- Storan: 3GB
Anda boleh dapatkan secara percuma melalui Epic Games Store sebelum tamat tempoh pemberian pada 30hb April.

