Bersempena dengan pelancaran permainan pemburu upahan terbaharu, Hitman 3, IO Interactive menawarkan permainan Hitman versi 2016 secara percuma melalui Epic Games Store.
Permainan yang ditawarkan adalah permainan edisi 2016, yang membawakan kandungan agak unik kepada pemain. Kandungan diberi didalam bentuk bersiri dan setiap episod mempunyai lokasi uniknya dengan senario masing-masing.
Manakala dalam masa yang sama, Shadowrun Collection juga turut serta ditawarkan secara percuma. Ini adalah sebuah koleksi gabungan antara tiga permainan Shadowrun, iaitu Hong Kong, Dragonfall dan Returns.
Kedua-dua permainan ini boleh dituntut secara percuma di Epic Games Store dari sekarang sehingga 3hb September 2020.

