fbpx

Percuma Beb! Injustice: Gods Among Us Untuk PS4, PC dan Xbox One

Injustice: Gods Among Us, sebuah permainan perlawanan DC Universe yang dibangunkan oleh studio disebalik permainan Mortal Kombat, NetherRealm Studios kini ditawarkan secara percuma untuk masa terhad.

Tawaran ini boleh dibuat untuk ketiga-tiga platform, iaitu pemain PS4, PC (melalui Steam) dan juga Xbox One.

Walaupun acara DC Fandome bakal tiba kelak, namun tiada pengumuman rasmi mengenai sebab penawaran permainan percuma ini. Semestinya berita yang baik buat pengguna semua.

Untuk PC, tawaran ini akan tamat pada 26hb Jun, namun tiada maklumat tarikh tamat tempoh untuk PS4 dan Xbox One. Permainan ini akan menjadi hak milik anda selamanya selepas membuat tuntutan.

Sumber: Gamer Matters, melalui Forbes.

Berkaitan

- Iklan -

Komen