
Percuma Beb! Just Cause 4 Boleh Dimuat Turun Sekarang Di Epic Games Store
Jikalau anda tidak pernah melayar ke Epic Games Store sebelum ini, kebiasaannya platform ini akan menyediakan pelbagai permainan percuma ditawarkan pada setiap minggu, dan minggu ini tibanya permainan Just Cause 4.
Permainan video dunia terbuka dari Square Enix, Just Cause 4 adalah sebuah permainan yang dilancarkan pada tahun 2018. Ianya menyajikan aksi-aksi terbang, tembakan dan letupan yang tidak dijangka.
Selain dari Just Cause 4, Wheels of Aurelia juga ditawarkan secara percuma, sebuah permainan indie yang dimana pemain memandu kenderaan di Itali pada tahun 1970-an. Sepanjang perjalanan, pelbagai drama dari dialog bacaan terjadi, seperti video dibawah.
Permainan ini pernah dinobatkan dalam beberapa anugerah seperti Nuovo Award dan IndieCade Festival 2016.
Anda boleh memuat turun melalui laman web Epic Games Store.

