fbpx

Percuma Beb! Lego Ninjago Movie Video Game Untuk PS4, PC & Xbox One

Lagi satu berita baik untuk anda semua, permainan percuma dari TT Games iaitu The Lego Ninjago Movie Video Game boleh dimuat turun secara percuma dan perlu dituntut dalam masa yang terhad.

Permainan ini adalah berdasarkan dari filem Lego Ninjago, dimana karakter Lloyf, Nya, Jay, Kai, Cole, Zane dan Master Wu untuk mempertahankan Ninjago Island dari Lord Garmadon dengan tentera ikan jerungnya.

Dalam banyak-banyak permainan Lego, permainan ini adalah salah satu permainan Lego menyeronokkan. Rakan kami di Gamer Matters juga bersetuju dengan faktor tersebut melalui ulasan mereka.

Permainan ini juga menyokong sehingga empat multi-pemain dalam satu masa secara skrin berpecah.

Anda boleh tuntut permainan percuma ini sebelum 21hb Mei ini untuk platform seperti PS4 (PS Store Asia), PC (Steam) dan Xbox One. Permainan ini akan kekal menjadi milik anda.

TT Games, pembangun permainan ini sedang giat membangunkan projek Lego Star Wars: The Skywalker Saga, satu permainan Lego terbesar bagi mereka kerana melibatkan 9 filem Star Wars.

Sumber: TT Games

Trimas kepada Petekaboo berikan maklumat ini melalui Discord kami!

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen