fbpx

Percuma Beb! Pathway Di Epic Games Store

Selepas kegilaan permainan percuma diberi, permainan percuma di Epic Games Store untuk minggu ini akan tidak sebesar seperti sebelumnya, namun masih lagi satu permainan menarik yang perlu dicuba.

Pathway, sebuah permainan indie yang dibangunkan oleh Robotality ditawarkan secara percuma di Epic Games Store dari harga biasa, iaitu USD $ 7.70.

Permainan strategi RPG ini menempatkan pemain di kawasan padang pasir pada tahun 1930. permainan pandangan 2D dengan setiap karakter mempunyai keunikan dan kebolehan mereka tersendiri.

Seperti biasa, anda boleh tuntut permainan ini di Epic Games Store sekarang hingga 25hb Jun, 11 malam.

Berkaitan

- Iklan -

Komen