Siapa sangka permainan penembak pandangan ketiga yang “underrated” bakal ditawarkan secara percuma buat pemain PC.
Epic Games Store, menawarkan permainan Remnant: From the Ashes sebagai permainan percuma pada platform mereka pada minggu ini. Permainan RPG penembak pandangan ketiga ini dibangunkan oleh Gunfire Games, sebuah studio yang sama disebalik pembikinan permainan siri Darksiders.
Permainan ini mendapat reaksi positif oleh pemain semenjak pelancarannya tahun lepas. Berikut adalah video menunjukkan bentuk permainan tersebut.
Dalam masa yang sama, Epic juga menawarkan satu lagi permainan, The Alto Collection secara percuma minggu ini. Permainan platformer ini membawakan pengalaman pengembaraan pemain meluncur didunia ais sehingga dunia padang pasir.
Kedua-dua permainan ini ditawarkan secara percuma sehingga 20hb Ogos ini. Anda boleh layari Epic Games Store untuk menuntut permainan-permainan tersebut secara percuma.

