Sekali lagi pemain PC mendapat peluang untuk menuntut permainan percuma, namun kali ini didalam platform GOG, sebuah platform yang dibangunkan oleh syarikat CD Projekt.
Kali ini, mereka menawarkan permainan penembak pandang pertama klasik, Serious Sam: The First Encounter. Permainan yang dibangunkan sejak tahun 1996 lagi, pernah diterbitkan oleh Devolver Digital untuk platform PC pada tahun 2001.
Permainan ini membawakan pemain di kawasan padang pasir ala-Mesir dengan musuh-musuh pelik (seperti Kala Jengking berkepala Raksasa) untuk ditempur.
Mahupun ini adalah permainan klasi, siri Serious Sam masih lagi kekal hinggi kini, dimana Serious Sam 4 bakal hadir pada September, selepas beberapa tundaan dibuat.
Tawaran Serious Sam: The First Encounter secara percuma boleh didapati di GOG, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Tawaran tamat pada 26hb Ogos 2020.