fbpx

Permainan Battle Royale Baharu Ini Mempunyai Mekanik Yang Menerima Kritikan Ramai

Jikalau anda tidak pernah dengar permainan berjudul The Culling, ianya adalah salah satu permainan terawal didalam konsep Battle Royale dan pernah dilancarkan beberapa kali atas kegagalan menarik pemain untuk bermain permainan ini.

Beberapa hari yang lepas, syarikat pembangun Xaviant sekali lagi menaruh harapan untuk menlancarkan semula permainan ini namun dengan beberapa mekanik yang tidak menerima maklum balas yang baik dari orang ramai.

Pelancaran semula ini akan mengenakan kos USD $5.99 untuk membeli permainan ini terlebih dahulu.

Malah, untuk bermain, pemain perlu menggunakan token yang perlu dibeli terlebih dahulu, sekaligus melibatkan kos pada setiap sesi permainan.

Namun mengikut dari Xaviant, pemain boleh mendapat satu sesi permainan secara percuma pada setiap hari, dan token percuma juga diberi untuk pemenang pada satu sesi permainan tersebut.

Namun kita semua sedia tahu kebarangkalian itu agak rendah kerana hanya satu pemain sahaja boleh mencapai status kemenangan dalam satu masa.

Sudah semestinya sistem mekanik pembayaran ini mendapat kritikan hebat oleh orang ramai semasa diumum. Sebagai perbandingan, kebanyakan permainan Battle Royale terkenal seperti PUBG, Fortnite atau Apex Legends adalah percuma, sama ada untuk memilikinya atau setiap sesi permainan.

The Culling kini boleh didapati di Xbox One dan bakal tiba di PC (Steam) kelak.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen