fbpx

Permainan Dari Malaysia, Bake ‘N Switch Melancarkan Kickstarter Untuk Fungsi Multi-Pemain

Bake ‘N Switch adalah sebuah permainan baharu yanag akan hadir ke platform Nintendo Switch. Permainan yang ko-op seakan Overcooked ini, dibangunkan oleh studio dari Malaysia, Streamline Games dan melancarkan kempen dana umum di Kickstarter, supaya fungsi multi-pemain boleh dibangunkan sekali.

Pada asalnya, Bake ‘N Switch tidak ada rancangan untuk multi-pemain secara atas talian, namun ianya berubah khususnya pada situasi pandemik sekarang yang memerlukan pemain bermain di rumah masing-masing.

Rakan kami di Gamer Matters pernah melawat dan memperlihatnya melalui acara Level Up KL 2019 yang lepas.

Anda boleh lihat lebih lanjut melalui halaman kempen Kickstarter mereka disini. Sumbangan minima adalah sebanyak USD $18 dan penyumbang akan mendapat 2 kunci untuk beta multi-pemain di PC (Steam), yang dijadualkan pada bulan Jun ini. Penyumbang juga akan mendapat permainan penuh didalam bentuk digital.

Bake ‘N Switch akan dilancarkan pada Ogos ini untuk PC (Steam) dan Nintendo Switch.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -