fbpx

Permainan Dari Malaysia, No Straight Roads Akan Turut Hadir Ke Switch & Xbox One

Metronomik bersama penerbitnya, Sold Out telah mengesahkan bahawa permainan sulungnya, No Straight Roads bakal hadir ke platform Nintendo Switch dan Xbox One, selaku platform tambahan dari pengumuman asalnya, iaitu hanya pada PS4 dan PC.

Studio yang diketuai oleh Wan Hazmer (terkenal dengan penglibatan beliau didalam Final Fantasy XV) dan Daim Dziauddin, No Straight Roads adalah permainan indie buatan Malaysia akan dilancarkan pada kesemua empat platform pada hari yang sama.

Manakala untuk versi Nintendo Switch akan mendapat beberapa kandungan tambahan seperti:

  • Exclusive Assist Mode – Pemain boleh mengawal Elliegator, pembantu buaya aligator rahsia yang membantu pemain untuk mengutip barangan, mengubah barangan menjadi bonus.
  • Co-op Multi-pemain sehingga 3 orang.
  • Sokongan skrin sentuhan
  • Sokongan alat kawalan Joy-Con

Edisi khas koleksi juga tersedia untuk platform Xbox One dan Switch yang menyajikan barangan eksklusif Vinil, Batang Dram NSR, buku karya seni dan kotak khas permainan.

No Straight Roads akan hadir ke PS4, Nintendo Switch, PC (Epic Games) dan Xbox One pada 30hb Jun ini.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen