Berdasarkan laporan kami sebelum ini, Sony telah mendedahkan kemaskini konsol PS4 baharu yang membolehkan para pemain menggunakan kelebihan cakera luaran untuk menyimpan permainan video mereka. Fungsi baharu ini sudah semestinya memberi penyelesaian kepada pemain yang telah mencapai had storan PS4 mereka.
Kemaskini 4.50 tersebut hanya dibuka secara percubaan beta buat masa ini, dan beberapa pihak telah membuat beberapa percubaan seperti PS Nation (mengikut sumber PlayStation Lifestyle) yang menjumpai fungsi dimana permainan yang disimpan didalam cakera luaran boleh dimainkan pada mana-mana konsol PS4 selagi pemain log masuk pada akaun mereka sendiri.
Ini amat berguna sekali khususnya kepada pemain yang ingin memindahkan permainan mereka kepada konsol lain atau ingin bermain melalui konsol PS4 rakan tanpa perlu memuat turun sekali lagi untuk permainan video tersebut.
Setakat ini tiada tarikh rasmi untuk pengeluaran kemaskini 4.50 kepada umum oleh Sony.