fbpx

Permainan Kontroversi Dengan Keganasan, Hatred Akan Hadir Ke Nintendo Switch

Permainan video yang membawa konsep keganasan dan agak kontroversi, Hatred akan dijual di Nintendo Switch kelak, mengikut dari kenyataan Destructive Creations, selaku penerbit permainan tersebut.

Hatred mula dipasarkan pada tahun 2015 melalui Steam namun ditarik balik atas sebab keganasan dimana pemain memainkan peranan sebagai seorang pembunuh yang bosan dengan kemanusiaan dan ingin membunuh manusia-manusia atas tujuan “pembersihan”.

Namun, Hatred kembali dijual semula didalam platform Steam.

Menariknya, Nintendo mempunyai polisi untuk tidak benarkan permainan berstatus “ERSB: Adults Only” didalam eShop mereka, dimana Hatred mendapat status tersebut.

Setakat ini tiada tarikh pelancaran diumum.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen