Marvel (yang kini dibawah Disney), baru sahaja mengeluarkan kenyataan media kepada umum dimana permainan MMO mereka, Marvel Heroes ditutup buat selamanya. Kenyataan ini adalah melalui emel (sumber: Kotaku) dari wakil Marvel dibawah:
“Kami ingin mengumumkan kepada peminat Marvel heroes, bahawa tiada lagi perjanjian / hubungan dibuat bersama Gazillion Entertainment, maka permainan ini akan ditutup. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemain yang menyertai komuniti Marvel Heroes ini dan sebarang maklumat akan dikongsi jikalau permainan ini boleh dimain semula.”
Permainan ini telahpun dilancar semenjak tahun 2013 lagi untuk PC. Permainan yang berkonsepkan MMO, Marvel Heroes adalah salah satu permainan free-to-play yang akan mengenakan caj tambahan jikalau pemain membeli karakter-karakter dari siri Marvel.
Marvel Heroes juga dibawa ke platform PS4 dan Xbox One pada Januari tahun ini.