The Medium, permainan yang dibangunkan oleh Bloober Team, kini mendapat tarikh pelancarannya, iaitu 10hb Disember ini.
Permainan yang membawakan pemain ke dua dunia yang berbeza, antara dunia yang nyata dan dunia roh, ianya bakal membawa pengalaman pemain berperanan sebagai karakter utama, Mariaane untuk mengalami dua dunia ini melalui kuasa beliau.
Pra-tempah telahpun dibuka untuk platform PC melalui Steam, dengan harga RM72, satu harga pengenalan yang agak rendah khususnya sebagai salah satu permainan gen-baharu tahun ini.
Kandungan runut bunyi yang dikarang oleh Arkadiusz Reikowski dengan maestro untuk muzik tema seram, Akira Yamaoka akan disediakan pada setiap pra-tempah dibuat didalam Steam. Buku karya seni digital juga diberi untuk pembelian yang sama.
The Medium adalah permainan eksklusif konsol Xbox Series X & S (dan PC) dan bakal hadir pada 10hb Disember.