Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Permainan Video Didalam Tahun 2017

2017 semestinya sebuah tahun yang hebat untuk permainan video, tidak kira platform mana yang anda pilih. Pelbagai jenis permainan telahpun dilancarkan pada tahun 2017, dari skala kecil sehingga besar, hampir semuanya boleh dikatakan amat hebat.

Generasi konsol kini juga makin bertambah matang, lagi-lagi dengan persaingan konsol yang lebih berkuasa, iaitu PS4 Pro dan Xbox One X. Nintendo pula makin kukuh didalam industri ini dengan konsol unik Switch mereka. PC pula masih mendapat minat, atas kerana permainan konsep battle royale yang makin popular. Untuk mudah alih pula dengan kategori MOBA mereka yang mempunyai pendapat bercampur.

2017 juga adalah tahun yang kita nampak tren industri ini agak baik pada mulanya, namun berakhir dengan beberapa perkara tidak diingini dan pelbagai kontroversi.

Maka berikut adalah beberapa sorotan yang dapat senaraikan untuk tatapan anda semua.

Tahun Yang Hebat Untuk Permainan Jepun

Pada permulaan 2017, banyak pendapat berkata pemaju Jepun akhirnya kembali untuk bersaing didalam industri. Terima kasih pada permainan-permainan yang membuktikan pendapat itu betul, permainan seperti Gravity Rush 2, Nier Automata, Nioh, Resident Evil 7, Persona 5 dan Yakuza 0.

Malah permainan yang mempunyai kegilaan / “hype” tinggi oleh peminat, iaitu The Last Guardian. Terlihat dari senarai tersebut, pemaju dari negara “matahari terbit” itu masih tahu memenangi hati peminat mereka.

Juga, penghargaan perlu diberi kepada Bandai Namco atas sokongan mereka terhadap permainan Jepun ini dengan kemudahan sarikata Inggeris untuk rantau Asia. Jarang sekali untuk rantau ini (khususnya Asia Tenggara) untuk mendapat layanan sebegitu rupa.

Baca: Reviu Persona 5

- Iklan -

Tahun Untuk Switch

Nintendo akhirnya melupuskan generasi Wii yang agak gagal bagi mereka dan menukarkan konsep konsolnya sebesar boleh. Switch mula diperlihat kepada umum pada awal bulan Januari, namun mendapat pendapat dan keraguan konsol ini didalam pasaran, khususnya kawal gerakan yang gimmicky membawa tanda tanya kepada pengkritik. Apa yang memeranjatkan, ianya dapat menangi hati banyak pihak.

Malah, permainan video semasa pelancaran untuk Switch (Legend Of Zelda: Breath Of The Wild & Super Mario Odyssey) terpilih untuk calon didalam segmen Game Of The Year.

Selain dari itu, permainan parti ketiga juga menyertai untuk segmen konsol hibrid ini. Bethesda bukan sahaja membawa Skyrim, Doom juga dipilih untuk dipasarkan didalam versi Nintendo Switch. EA, Capcom dan Rockstar juga menunjukkan minat mereka dengan pelancaran satu ke dua permainan mereka kepada konsol tersebut.

Switch juga bukanlah calang-calang, konsol 2-dalam-1 ini terjual lebih 10 Juta unit sebaik selepas 10 bulan dari tarikh pelancaran, sekaligus mengalahkan abangnya, Wii U.

Mendiang Satoru Iwata semestinya tersenyum sekarang.

Baca: This Is The Nintendo SwitchNintendo Switch, What We KnowNintendo Switch Surpassed 10 Million Units Sold

Tahun Dimana “Genre Niche” Kembali

Dengan lebih banyak permainan video dikeluarkan pada tahun ini, kita semua nampak kembalinya genre niche dipasaran. Permainan pertama yang membuka pintu genre ini adalah Yooka-Laylee.

Selepas itu, Crash Bandicoot N.Sane Trilogy kembali semula untuk membawa nostalgia kepada peminat yang pernah bermain permainan ini sejak dari zaman PlayStation asal lagi.

2017 juga bukanlah tahun yang dimana kita mendapat permainan Mario yang baik, malah Sonic Mania juga memberi impak baik kepada peminat Sonic selepas kegagalan siri mereka yang lepas. Cuphead, platformer 2D juga dibawa serta.

- Iklan -

Snake Pass dari Sumo Digital juga layak disebut didalam artikel ini, sebuah platformer tetapi karakter tidak boleh melompat adalah sebuah idea nafas baharu untuk genre ini.

Perlumbaan simulasi juga mendapat tempat didalam industri ini pada tahun 2017, permainan seperti Forza, Gran Turismo Sport dan Project CARS 2 dilancarkan serentak didalam jangka masa 2 bulan yang sama. Permainan perlawanan juga kembali dengan beberapa barisan permainan yang kuat.

Dark Souls diakhirkan siri tersebut dengan cara-souls nya tersendiri. Nioh dan The Surge membawakan elemen serupa dengan baik sehingga permainan seperti Souls mungkin layak dipanggil sebagai satu genre sekarang.


Jikalau anda peminat permainan niche ini, maka 2017 adalah salah satu tahun yang baik buat anda.

Tahun Dimana Terlahirnya Genre “Battle Royale”

Selain dari kembalinya segmen genre diatas, sebuah genre baharu juga lahir pada tahun 2017: Battle Royale. Walaupun konsepnya telah diperkatakan sekian lama, PUBG akhirnya membawa konsep itu dengan jayanya, mahupun ianya didalam status Early Access sebelum dibawa ke versi 1.0 sebaik sebelum tahun 2018 tiba.

PUBG juga mencipta sejarah dengan menewaskan rekod Dota 2 sebagai permainan yang terbanyak dalam satu masa didalam Steam, sebuah rekod didominasi oleh Dota 2 sekian lama.

Genre Battle Royale akhirnya mendapat tempat, PUBG adalah buktinya dan diikuti oleh Fortnite Battle Royale dan lain-lain permainan dengan konsep yang sama.

Ianya sebuah tanda kejayaan, dan ianya akan menjadi lebih besar kelak.

Baca: PUBG Announced, Beta TestPUBG Breaks Steam Consecutive Players RecordPUBG Hits 1.0

Tahun Dimana Kontroversi Loot Box Tercipta

Tiba masa kita tukar ke topik yang agak kurang enak untuk dikongsi. Sudah semestinya harapan kami tidak akan ada drama atau kontroversi didalam industri ini, namun malangnya ia masih terjadi pada tahun 2017.

2017 merupakan sebuah tahun dimana loot box adalah sebuah topik perbualan utama. Bermula dari Shadow Of War dengan sistem loot box mereka didalam permainan single-player sehinggalah kontroversi panas Star Wars Battlefront II yang menggunakan loot box untuk jalan pantas buat pemain, sekaligus tidak adil kepada pemain tanpa menggunakan sistem tersebut.

Isu ini amat serius sehingga melibatkan beberapa agensi kerajaan untuk melihat lebih mendalam atas kerana faktor elemen perjudian.

 

tumblr_ojz9gzqnWl1up5jvvo1_1280tumblr_ojz9gzqnWl1up5jvvo2_1280

Isu ini semestinya berpotensi untuk menghancurkan industri permainan video ini dan banyak penerbit permainan video terpaksa meneliti dan lebih berhati-hati untuk mengenakan loot box didalam permainan mereka. Gambar diatas (Sumber Gambar 1 dan Gambar 2) adalah sebuah komikal yang dibuat oleh peminat untuk permainan Overwatch, salah satu permainan yang membawa idea loot box kedalam permainan video.

- Iklan -

Tahun Dimana EA Jatuh Merudum

Semua sedia tahu syarikat mana yang dikutuk tidak henti tahun lepas? EA. Tiada satu pun permainan mereka diberi pujian. Mass Effect Andromeda yang sepatutnya menjadi sebuah permainan sains fiksyen RPG yang hebat, namun tidak menjadi dan syarikat pemaju permainan tersebut kehilangan banyak staf.

Selain dari Star Wars Battlefront II, Need For Speed Payback juga terkena dengan tempiasan EA. Permainan tersebut boleh dikatakan OK, namun tidak hebat seperti yang disangka, mahupun dibandingkan dengan Need For Speed 2015.

Mereka juga telah menutupkan studio Visceral dan permainan single-player Star wars, sebaik selepas itu, EA membeli syarikat pemaju Titanfall, Respawn Entertainment. IP baharu oleh Bioware, Anthem adalah salah satu taruhan EA untuk tahun ini, selain dari permainan sukan mereka yang dikeluarkan pada setiap tahun.

EA juga dikutuk keras di acara Game Awards yang lepas.

Artikel Berkaitan: Mass Effect: Andromeda ReviewNeed For Speed Payback ReviewEA Mocked At The Game Awards 2017

Namun, bukan semuanya berita buruk buat semua, kerana:

Tahun Dimana Industri Permainan Video Di Malaysia Berkembang

Industri permainan video berkembang pesat di Malaysia, dan ianya sesuatu perkara yang teruja buat kita semua. Kita pernah menjadi tuan rumah untuk PlayStation Experience yang julungkalinya dibuat di Asia Tenggara, dan ternyata ianya membawa ramai pengunjung menghadiri acara tersebut.

Comic Fiesta juga menunjukkan perkembangan positif dengan pameran permainan video yang lebih banyak.

Untuk sesiapa yang ingin mencari kerjaya didalam industri ini, pelbagai peluang pekerjaan juga tersedia disini. Streamline Studios, dimana kami sempat mengunjungi mereka pada tahun lepas, mereka akan berkembang lebih besar dari sebelumnya. Lemon Sky Studios dan Passion Republic akan sentiasa membuahkan hasil kerja hebat mereka, termasuk dengan sumbangan pembinaan permainan video Uncharted The Lost Legacy.

MDEC juga tidak ketinggalan untuk sentiasa memberi sokongan tanpa henti kepada pemaju dengan program inkubator mereka dan persidangan tahunan mereka bersama orang industri ini, Level Up KL.

Esukan juga sentiasa mendapat tempat disini. Pelbagai jenis acara perlawanan dibuat, dari komuniti permainan perlawanan (FGC), sehinggalah Dota dan Mobile Legends mendapat liga masing-masing.

Malah, Kementerian Belia Dan Sukan juga sudah mula memberi perhatian kepada keadaan segmen esukan di Malaysia untuk acara sukan SEA kelak.

Artikel Berkaitan: PSX SEA ’17 CoverageComic Fiesta ’17 CoverageStreamline Studio’s Feature

Dan semestinya untuk pemain semua di Malaysia, makin banyak laman web dan portal berkaitan dengan permainan video hadir, dan menghidangkan kandungan terbaik untuk anda semua. Kami di Gamer Malaya dan Gamer Matters sentiasa melihat kehadiran laman-laman web ini sebagai sesuatu yang positif, dan kami akan sentiasa bekerja keras untuk membawakan informasi yang terbaik buat pembaca-pembaca kami.

Kami berharap kami akan mengembang lebih besar pada tahun ini, maka untuk itu kami sentiasa mendengar terhadap apa-apa maklum balas diberi oleh anda semua.

2018, satu lagi tahun yang hebat untuk industri permainan video!

Artikel Asal: Gamer Matters