fbpx

Permintaan Nintendo Switch Mengalahkan PS4 Di Malaysia Disebabkan PKP

Dengan situasi pandemik yang masih berlaku, kita semua diperintah untuk sentiasa kekal duduk dirumah dan secara tidak langsung, ianya satu tempoh yang baik untuk membuat pelaburan terhadap pembelian permainan video.

Sebuah syarikat e-dagang, iPrice Group membuat analisa terhadap lebih 1.5 juta pencarian dibuat melalui laman web pembelian atas talian di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina dan juga Hong Kong. Analisa tersebut merangkumi tren pembelian dari 17hb Februari – 19hb Mac hingga 20hb Mac – 20hb April, dimana kebanyakan negara yang terlibat adalah didalam keadaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) atau kuarantin.

Menariknya, permintaan Nintendo Switch semasa durasi tersebut meningkat sehingga 245% diseluruh benua Asia Tenggara.

Untuk Malaysia secara khususnya, peningkatan pencarian konsol hibrid Nintendo di platform e-dagang meningkat sehingga 176% semasa PKP mula diperintahkan. Ini mungkin sebab mengapa kita dapat melihat harga seunit konsol Switch meningkat secara mendadak dari RM1,500 – RM1,700 kepada RM 2,299.

Seperti carta diatas, nampaknya beberapa negara yang disokong rasmi oleh Microsoft seperti Singapura dan Hong Kong mendapat tempat ketiga keatas konsol Xbox One. Namun apa yang menarik perhatian adalah permintaan konsol yang sama pada negara seperti Vietnam dan Thailand dimana tiada sokongan rasmi diberikan pada negara tersebut.

Lagi satu statistik yang menarik perhatian adalah konsol generasi sebelumnya, PS3 masih mempunyai permintaan di kalangan pembeli khususnya di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Mungkin faktor harga yang murah adalah satu sebab utama pencarian konsol tersebut.

Anda boleh lihat data penuh di laman web iPrice Vietnam.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -