PETA, atau dikenali sebagai People for the Ethical Treatment of Animals, sebuah badan persatuan yang menjaga hak asasi haiwan menyarankan bahawa untuk membuangkan segala elemen bulu dari salah satu koleksi figurin karakter permainan video Warhammer.
Mengikut dari kenyataan rasmi PETA, mereka menulis notis ini kepada CEO Games Workshop, Kevin Rountree dengan melarangkan karakter figurin mereka mempunyai elemen bulu, walaupun ianya adalah bulu “palsu”.
[blockquote cite=”PETA”]“The grimdark, battle-hardened warriors are known for their martial prowess – but wearing the skins of dead animals doesn’t take any skill.”[/blockquote]
Tambahan PETA lagi,
[blockquote cite=”PETA”]“Indeed, nothing on the bloody battlefields of Warhammer’s conflict-ravaged universe could match the terrible reality that foxes, minks, rabbits, and other living beings experience at the hands of the fur trade.” [/blockquote]
Ini adalah bukan pertama kali persatuan PETA melibatkan diri didalam industri permainan video, mereka juga pernah mengutuk studio pembina permainan Farming Simulator atas sebab “kekasaran terhadap haiwan”, juga menggelar “pembunuh” pada permainan Cooking Mama dari Nintendo juga pelbagai permainan yang lain.
Bagi kami, ini adalah sebuah kenyataan yang tidak berasas dan harus diambil pertimbangan sebelum mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa. Apa pula pendapat anda?

