Peta Dunia Terbuka Need For Speed Payback Diperlihat

Now Reading
Peta Dunia Terbuka Need For Speed Payback Diperlihat

EA (Electronic Arts) pernah menyatakan bahawa Need For Speed Payback adalah sebuah “permainan yang terbesar” didalam francais NFS semasa mereka mengumumkan bandar Fortune Valley bulan lepas.

Kini mereka memperlihatkan gambar peta dunia terbuka permainan ini, dan ianya amat besar seperti didakwa oleh EA sendiri.

Klik untuk saiz penuh

Mengikut dari gambar diatas, tiada panduan skala diberi namun ianya kelihatan besar jika dibandingkan dengan bandar utama Silver Rock.

Kepada peminat yang inginkan lebuhraya yang panjang seperti Hot Pursuit 2010, ianya kembali untuk memberi peluang kepada kaki “top speed” mengalami kapasiti jentera masing-masing. Malah bahagian bandarnya juga tampak lebih teratur berbanding Need For Speed 2015 yang lebih memfokuskan kepada perlumbaan secara drift.

Payback juga akan menyediakan perlumbaan jenis off-road, melalui Liberty Desert seperti diperlihat didalam peta diatas.

Need For Speed Payback akan hadir dipasaran pada 10hb November untuk PS4, PC dan Xbox One.

Artikel Asal: Gamer Matters

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen