Jikalau anda pernah menonton program Clueless Gamer anda pasti tahu tentang lawaknya program tersebut bersama hos rancangannya Conan O’Brien dengan tetamu jemputannya. Kali ini PewDiePie adalah salah seorang yang dijemput untuk bermain game FarCry Primal, sebuah tajuk game terkini oleh Ubisoft.
Didalam video di atas, Conan dan PewDiePie meluangkan masa untuk membuat beberapa misi seperti menumbangkan binatang liar mammoth, membantu dan melindungi binatang yang terkenal didalam siri Far Cry, badger dan juga misi-misi lain.
PewDiePie juga akan mempunyai program baharu yang bernama Scare PewDiePie dimana beliau perlu melakukan beberapa misi yang mempunyai konsep seram melalui program YouTube Red. Namun malangnya program berbayar ini hanya dibuka kepada pelanggan di Amerika Syarikat sahaja.

