Hubungi: hi (at) gamermalaya.my

Phil Spencer Inginkan Final Fantasy XIV Didalam Platform Xbox One
Final Fantasy XIV: A Realm Reborn telah pun berada dipasaran sekian lama semenjak 2010. Ianya dipasarkan untuk hampir kesemua platform seperti PS4, PS3, Windows, Mac kecuali Xbox One. Phil Spencer, selaku Ketua Bahagian Xbox menyatakan bahawa beliau inginkan game tersebut didalam konsolnya melalui Twitternya seperti dibawah:
@Alunmufc That would be great, we’d love to have FF14 on Xbox One.
— Phil Spencer (@XboxP3) March 14, 2016
Impian Phil mungkin tercapai atas sebab temuramah antara DualShockers.com dengan Naoki Yoshida, selaku Pengarah Penerbit Square Enix pernah menyatakan bahawa Final Fantasy XIV mungkin akan hadir kepada platform Xbox One jikalau Microsoft membenarkan pemain mereka untuk bermain secara online bersama dengan peman platform dan konsol yang lain.
Microsoft baru-baru ini telah mengumumkan bahawa Xbox Live kini mempunyai fungsi “cross-network”, dimana pemain boleh bermain secara dalam talian dengan rakan pemain lain walaupun dengan menggunakan platform lain seperti PlayStation 4 atau PC. Sony juga telah memberikan respon yang agak positif setakat ini.