fbpx

Photo Mode Dari Shadow Of War Menonjolkan Kecantikan (Dan Buruk) Permainan Video Tersebut

Photo mode seringkali digunakan dan makin kerap dilihat didalam permainan video terkini. Ianya membolehkan pemain untuk menangkap gambar semasa permainan dengan menunjukkan kualiti grafik yang membolehkan pemain berkongsikan detik-detik sesi permainan mereka.

Shadow Of War juga tidak ketinggalan, dan ianya penuh dengan kepelbagaian untuk pemain berinteraksi. Pelbagai tetapan dan berkebolehan untuk mengubah sudut kamera sekaligus menonjolkan kecantikan permainan video ini. Namun, dengan kebebasan tersebut, kamera akan mula menunjukkan sudut yang diluar dari pandangan yang sepatutnya dilihat.

Sebagai contoh dari beberapa gambar dibawah. Gambar pertama mungkin nampak biasa buat anda, namun ianya menyembunyikan barisan makhluk orcs seperti anda boleh lihat didalam gambar kedua dan keatas.

Semasa bermain, anda boleh mengaktifkan mod ini dengan butang L3+Segitiga untuk konsol PS4. Namun mod ini tidak boleh diaktfikan semasa adegan-adegan yang dimana grafiknya telah diproses terlebih dahulu.

Shadow Of War sudah semestinya bergantung terhadap sistem dinamik yang banyak untuk mengeluarkan kualiti yang hebat untuk mod ini. Untuk permainan dengan kandungan peta dunia yang besar, maka ianya tidak mudah bagi pihak pemaju untuk sediakan pengalaman yang sempuran buat pemain. Namun bagi kami, ianya tidaklah satu faktor yang buruk, photo mode adalah sebuah fungsi tambahan sahaja, maka beberapa kecacatan ternyata akan dilihat dan boleh diterima.

Nantikan reviu penuh Shadow Of War akan datang.

Artikel Asal: Gamer Matters


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -